Sunday, 9 June 2013

Semakin ramai yang LIKE semakin murah!!!!

Assalamualaikum,

Ingat lagi tak, semalam saya menulis bagaimana iklan saya 15 sen / orang harganya? (lihat gambar di bawah) 

Saya mula menggunakan iklan untuk page Vai Bong pada 6 Jun 2013. Selepas 2 hari lebih saya harga untuk seorang adalah 15 sen. Pada masa tersebut 45 orang telah mengklik LIKE untuk page Vai Bong.


Setelah masuk hari ke 3 (belum habis hari ke tiga) LIKE untuk page tersebut meningkat kepada 69 orang tetapi harga yang perlu saya bayar adalah 12 sen sahaja!

Bagaimana ini berlaku?

Ini berlaku di sebabkan oleh setting untuk pengiklanan yang betul, dan beberapa teknik lagi yang perlu di pelajari untuk memastikan iklan tersebut mencecah 5 sen per seorang! Insya-Allah.



Semua ini akan saya ceritakan secara detail dalam buku saya yang akan saya berikan secara PERCUMA!

PERCUMA??? Ya saya akan menulis secara percuma...kerana saya tidak mahu menilai harga ilmu.

Jika anda berminat untuk menyumbang untuk memastikan saya semakin positif untuk berkongsi kepakaran saya ini dengan anda semua anda boleh berbuat demikian. Untuk mengetahui bagaimana caranya, sila download buku pertama saya mengenai Asas Peniagaan Internet di bawah. Wasalam



No comments:

Post a Comment